Piala Ulang Tahun ke-40 milik Royal Selangor

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah pagi tadi berkenan berangkat menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Polo Jubli Emas 2017 bagi merebut Piala Ulang Tahun ke-40 Persatuan Polo Diraja Brunei di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.

Juga berangkat sama bagi menyaksikan perlawanan antara The Royal Selangor Polo Club dan Pasukan Polo Filipina ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Hakeem.

Perlawanan akhir itu menyaksikan persaingan sengit antara kedua-dua pasukan, di mana keputusan akhir menunjukkan The Royal Selangor Polo Club berjaya mengalahkan Pasukan Polo Filipina dengan kiraan 6-5.

Antara aksi dalam perlawanan di antara Pasukan Filipina dan Pasukan Malaysia di mana perlawanan berkesudahan dengan Royal Selangor menang 6-5.