Piawaian bagi inap desa dibangunkan

Piawaian bagi inap desa dibangunkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Satu Piawaian Penginapan Pelancong bagi Inap Desa (Homestay) telah dibangunkan yang menetapkan keperluan bagi sesebuah enap desa, di mana tetamu akan tinggal bersama keluarga hos dan merasakan cara kehidupan seharian keluarga dan komuniti.

Piawaian tersebut akan memfokuskan kepada ciri-ciri penting yang dinyatakan dalam Piawaian Enap Desa ASEAN (hos, penginapan, aktiviti, keaslian, pengurusan, lokasi, keselamatan, pemasaran dan ciri-ciri yang berdaya tahan) dengan ciri-ciri tambahan yang disesuaikan dengan adat dan budaya Negara Brunei Darussalam dan komunitinya yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang berbeza.

Tempoh bagi orang ramai mengutarakan ulasan adalah dua bulan (60 hari) bagi membolehkan ulasan yang dihantar dalam draf atau PBD sedia ada oleh pihak yang berminat dan/atau sektor seperti, makanan, elektrik, pembinaan, kesihatan, automotif dan pelancongan.

ARTIKEL YANG SAMA