PIBG Fun Day erat silaturahim

PIBG Fun Day erat silaturahim

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Dengan hasrat untuk mengeratkan hubungan persahabatan, silaturahim dan kekeluargaan dalam kalangan ibu bapa, murid-murid dan guru-guru serta kakitangan sekolah, Sekolah Rendah Haji Mohd Jaafar Maun Kiulap telah menganjurkan PIBG Fun Day bersempena Jubli Emas penubuhan sekolah itu, hari ini.

Acara yang disambut bersama ahli Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah berkenaan telah dirasmikan oleh Ketua Kampung Kiulap, Haji Mohammad bin Abu Bakar selaku tetamu kehormat majlis.

Turut hadir ialah Guru Besar sekolah berkenaan, Hajah Saramah binti Mail dan Timbalan Pengerusi PIBG, Awang Afdanizan bin Haji Seruddin.

Majlis dimulakan dengan acara senaman zumba dan diikuti dengan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada para penyokong dan peserta gerai yang disempurnakan oleh Haji Mohammad.

Haji Mohammad menanam pokok sebagai tanda kenangan di majlis berkenaan.
Haji Mohammad menanam pokok sebagai tanda kenangan di majlis berkenaan.
Haji Mohammad menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil pameran di majlis itu.
Haji Mohammad menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil pameran di majlis itu.
Haji Mohammad bersama guru-guru tidak melepaskan peluang bergambar ramai dengan maskot di majlis itu.
Haji Mohammad bersama guru-guru tidak melepaskan peluang bergambar ramai dengan maskot di majlis itu.

Selain untuk memeriahkan lagi ulang tahun ke-50 penubuhan sekolah itu, ia juga dihasratkan untuk memberikan peluang kepada para ibu bapa, warga serta kakitangan sekolah beramah mesra dalam kegiatan riadah itu.

Acara Fun Day itu turut mengetengahkan pelbagai kegiatan menarik termasuk acara telematch, pameran daripada Jabatan Muzium-Muzium, pameran Kampung Kiulap, pemeriksaan mata, pameran reptilia, gerai jualan dan juga kehadiran maskot.