PIBG SR Sengkurong anjur khatam Al-Quran

PIBG SR Sengkurong anjur khatam Al-Quran

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Sengkurong, hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sekolah berkenaan.

Penyampaian derma dan keperluan menyambut hari lebaran kepada lima orang pelajar sekolah tersebut disempurnakan oleh Ketua Kampung Sengkurong ‘A’, Haji Abdullah Sanif bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman yang juga Penaung PIBG sekolah tersebut.

Turut hadir ke majlis yang berlangsung di Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong itu ialah Pengetua sekolah, Dayang Rasimah binti Haji Abang.

Majlis Khatam Al-Quran merupakan aktiviti PIBG di bulan Ramadan manakala derma untuk anak-anak yatim sekolah adalah hasil kutipan PIBG dan warga sekolah dalam sama-sama membantu anak-anak yatim menyambut 1 Syawal.

Haji Abdullah Sanif menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim.
Haji Abdullah Sanif menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA