Pichai bawa visi online kepada jutaan rakyat India

Pichai bawa visi online kepada jutaan rakyat India

NEW DELHI, 16 Dis (AFP) – Ketua eksekutif baru Google, Sundar Pichai menggunakan lawatan rasmi pertamanya ke India hari ini untuk menggariskan rancangan bagi membawa ratusan juta rakyat India online, termasuk memasang wiFi percuma di stesen landasan kereta api.

Pichai kelahiran India mengatakan stesen kereta api pertama, Mumbai Central, akan dapat online pada Januari dan syarikat teknologi gergasi itu juga berhasrat untuk meliputi 100 lagi stesen India menjelang akhir 2016.

India adalah pasaran paling mencabar bagi Google dengan hanya suku daripada rakyatnya seramai 1.2 bilion sahaja yang online, kebanyakannya mengakses web menerusi telefon pintar murah yang sering menggunakan rangkaian perlahan 2G.

CEO Google Inc., Sundar Pichai ketika memberi ucapan semasa sidang akhbar di New Delhi, semalam. – AFP
CEO Google Inc., Sundar Pichai ketika memberi ucapan semasa sidang akhbar di New Delhi, semalam. – AFP

Kebanyakan pengguna Internet India tidak mampu membiayai data mudah alih yang mahal dan sebaliknya menunggu sambungan wiFi untuk dapat online, menjadikan 10 juta orang yang akan melintasi stesen sasaran setiap hari, audiens yang tertawan.

“Setiap hari akan terdapat ribuan pengguna Internet India yang terus online buat pertama kalinya, membawa perjalanan mereka dalam pengkomputeran,” kata Pichai, yang membesar di Chennai dan menyertai Google pada 2004 sebagai pengurus produk.

“Kami baru saja hendak bermula,” kata Pichai, yang dilantik sebagai CEO pada Ogos.

“Dengan menjadikan India memulakan kecanggihan revolusi mudah alih ini, kami fikir apa yang kami bina di India akan diterapkan secara global, di mana-mana tempat.”

ARTIKEL YANG SAMA