Pierre Gignac berhijrah ke Mexico

Pierre Gignac berhijrah ke Mexico

MONTERREY, Mexico, 19 Jun (AFP) – Pemain penyerang Perancis Andre-Pierre Gignac menerima sambutan wira di utara Mexico semalam ketika dia hampir membuat perpindahan mengejutkan ke Tigres Monterrey selepas lima musim bersama gergasi Ligue 1, Marseille

Selepas mengetepikan kepentingan dari kelab–kelab utama Eropah, pemain berusia 29 tahun itu memegang lesen pendaftaran ‘100 peratus Tigres’ ketika ratusan peminat menyambutnya di lapangan terbang Monterrey dengan sebahagian memegang pemidang yang menampilkan menara Eifferl dan ucapan berbahasa Perancis ‘Beinvenue’. “Saya merasa gembira. Saya berada di sini untuk bertugas, jika saya boleh, memenangi Copa Libertadores dan Liga,” kata dalam bahasa Sepanyol, yang merujuk kepada perlawanan benua Amerika Selatan dan liga domestik Mexico.

“Saya tidak dapat menjanjikan berapa jaringan tetapi saya berada di sini untuk bertugas,” kata Gignac yang menjaringkan 21 gol Ligue 1 musim ini menamatkan persaingan bersama Marseille di tangga keempat sekali gus layak untuk Liga Europa. Kelab itu kemudian meletakkan gambar dalam Twitter Gignac menjalani pemeriksaan perubatan selepas kontraknya bersama Marseille berakhir baru–baru ini.

Apabila dia menandatangani kontrak bersama Tigres, pemain dari Perancis itu akan menyertai rakan sepasukannya yang baru bagi latihan pra musim di Riviera Maya Ahad ini, pegawai kelab memberitahu AFP.

Andre Pierre Gignac (kanan) bercakap dengan seorang peminat semasa tiba di Monterrey, semalam. – AFP
Andre Pierre Gignac (kanan) bercakap dengan seorang peminat semasa tiba di Monterrey, semalam. – AFP

Gignac membuat 21 kemunculan bagi Euro 2016 yang dihoskan Perancis, menjaringkan lima gol, tetapi belum dihubungi oleh jurulatih Didier Deschamps bagi perlawanan persahabatan antarabangsa pasukan itu.

Penyerang itu akan menyertai pasukan Tigres yang sudah mendapatkan pemain kelab dari Sepanyol, Villareal, iaitu pemain antarabangsa Nigeria, Ikechukwu Uche. Ketibaan Gignac membangkitkan jangkaan di kalangan peminat Tigres, yang akan beraksi dalam separuh akhir Copa Libertadores Amerika Selatan menentang kelab Internacional, Brazil bulan depan.