Pihak Barat inginkan rundingan damai Syria

Pihak Barat inginkan rundingan damai Syria

MUNICH, Jerman, 11 Feb – Menteri-menteri luar berhimpun di Munich hari ini, dengan pihak Barat begitu menginginkan nafas baru dalam proses damai Syria yang telah gagal di tengah serangan hebat sokongan Rusia ke atas pihak pembangkang.

Pengebom Rusia dan tentera Iran telah membantu pasukan-pasukan Presiden Bashar al-Assad mengepung Aleppo, bandar utama pemberontak dua minggu lalu, yang menjejaskan rundingan damai di Geneva dan mengancam Eropah dengan satu lagi kemasukan ramai pelarian.

Berpuluh-puluh ribu rakyat Syria terkandas di sempadan Turki di utara Aleppo, yang mana para pemerhati berkata 500 orang terbunuh sejak pengeboman itu bermula 1 Februari lalu.

Di Munich, Setiausaha Negara AS John Kerry dan rakan sejawatannya dari Rusia, Sergei Lavrov akan menerima kedatangan menteri-menteri luar dari kumpulan hubungan Syria 17 negara dalam rundingan yang dianggap sebagai detik kebenaran bagi proses damai yang gelabah.

Washington mahu gencatan senjata dan kemasukan kemanusiaan ke bandar-bandar pemberontak yang dikepung tetapi telah mengancam “Pelan B” yang tidak dinyatakan jika rundingan gagal, ketika ketegangan meningkat dengan Moscow berhubung kempen udaranya.

“Tidak dipersoalkan lagi, kegiatan-kegiatan Rusia di Aleppo dan di rantau itu buat masa ini lebih sukar lagi untuk berunding dan mengadakan perbincangan serius,” Kerry berkata minggu ini.

Utusan khas Amerika bagi perjuangan memerangi kumpulan IS, Brett McGurk berkata kempen pengeboman Rusia ‘secara langsung membolehkan’ para pejuang jihad.

Sementara Moscow berjanji akan membawa ‘idea-idea baru’ untuk memulai proses damai ke Munich, Rusia dan Iran mengeraskan pendirian para pemberontak di Aleppo sama seperti ‘para pengganas’ seperti IS dan tidak akan ada penyelesaian sehingga mereka boleh ditumpaskan secara ketenteraan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA