Pihak berkuasa perlu proaktif

Pihak berkuasa perlu proaktif

MELBOURNE, 19 Jan – Andy Murray hari ini menggesa pihak berkuasa tenis untuk menjadi pro aktif dalam menentang rasuah selepas dakwaan menentukan perlawanan melanda sukan itu dan mengkritik perjudian syarikat penajaan terhadap Terbuka Australia.

Selepas BBC dan BuzzFeed melaporkan pemain-pemain utama, termasuk pemenang Grand Slam, disyaki melakukan penentuan perlawanan tetapi tidak pernah dihukum, Murray berkata menentang rasuah perlu menjadi telus.

“Jika terdapat rasuah dalam mana-mana sukan, anda tahu, anda mahu mendengarkan mengenainya,” kata pemain nombor dua itu, selepas menewaskan Alexander Zverev dalam pusingan pertama Terbuka Australia.

“Sebagai seorang pemain anda perlu sedar mengenai segala yang berlaku. Saya rasa kami layak untuk mengetahui segalanya di luar sana,” tambahnya.

“Sebahagian darinya adalah benar, sebahagiannya mungkin tidak benar. Tetapi saya selalu curiga dengan perkara terhadap semua sukan. Saya rasa sukan pada umumnya adalah lebih telus.”

Pegawai-pegawai tenis bertindak dengan marah terhadap laporan itu, yang menolak sebarang gambaran terhadap merahsiakan dan mengkritik berita itu sebelum bermulanya Grand Slam pertama musim ini.

Tetapi Murray berkata ramai pemain tidak seharusnya membaca mengenai dakwaan penentuan perlawanan dalam media, dan pihak berkuasa tenis seharusnya lebih terbuka mengenai keadaan itu dengan penyertaan mereka.

“Saya hanya merasakan ia seharusnya tenis yang melakukan penjelasan tugasan yang lebih bagus mereka (pemain) seharusnya tidak membacanya dalam akhbar,” Murray memberitahu wartawan.

“Anda perlu lebih proaktif dengan banyak perkara seperti ini dan pergi dan bercakap kepada pemain berbanding mereka membacanya dalam akhbar atau mendengarnya menerusi TV atau radio.

“Saya berasa lebih anda proaktif dengan pendidikan pemain muda, lebih baik terhadap perkara seperti ini.”

Murray berkata, tidak seperti pemain utama dunia, Novak Djokovic yang disasarkan lebih awal dalam kerjaya-nya, dia tidak pernah dihampiri oleh skandal penentuan perlawanan.

Murray juga menumpukan terhadap penganjur kerana membenarkan syarikat pertaruhan untuk menaja Terbuka Australia tahun ini, langkah yang sudah mencetuskan kritikan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA