Pihak berkuasa Sydney berdepan tekanan

Pihak berkuasa Sydney berdepan tekanan

SYDNEY, 13 Mac (AFP) – Dengan para pembeli China menumpu pada tanah ladang di Australia dan New Zealand, pihak berkuasa semakin menerima tekanan untuk mengimbangi keperluan bagi pelaburan asing dengan tuduhan ‘jual paksa’.

Pada masa ini aset untuk dijual ialah empayar lembu S Kidman and Co.Limited – estet besar kawasan pedalaman yang meliputi 1.3 peratus daratan Australia dan mempunyai purata kawanan 185,000 ekor lembu.

Bendahari Scott Morrison menyekat jualannya kepada semua pelabur asing pada bulan November lau, termasuklah dari China dengan mengatakan ia bercanggah dengan kepentingan negara memandangkan bahagian kawasan itu bertindan dengan padang ujian ketenteraan.

Tetapi baru-baru ini Morrison meluluskan penjualan perniagaan perladangan tenusu terbesar Australia itu kepada seorang pembeli China, di sebalik kritikan bahawa pembelian Van Diemen’s Land Company, Tasmania dengan harga Aus$280 juta oleh ahli perniagaan Lu Xianfeng boleh memberi impak kepada keselamatan makanan.

Dalam satu kenyataan bertajuk ‘penjualan’ senator bebas Nick Xenophon melabel keputusan itu ‘salah, salah, salah’, dengan mengatakan Morrison gagal memberi kepentingan mencukupi kepada bida alternatif Australia.

ARTIKEL YANG SAMA