Pihak berkuasa tangguh pencarian pendaki hilang

Pihak berkuasa tangguh pencarian pendaki hilang

AMERIKA SYARIKAT, 15 Mei (AP) – Pihak berkuasa telah menangguhkan pencarian bagi seorang pendaki warga Kanada yang keretanya dijumpai di pusat pelawat berdekatan Gunung Washington.

Pihak berkuasa melancarkan satu pencarian pada Khamis lepas bagi seorang lelaki berusia 47 tahun, Francois Carrier dari Drummondville, Quebec. Pegawai-pegawai pemuliharaan negeri dan para sukarelawan kelmarin menjalankan pencarian di dalam dan sekitar pusat pelawat. Anjing-anjing penyelamat menjumpai beg Carrier, yang pihak berkuasa percayai dia kehilangannya pada 8 Mei sementara membuat pendakian.

Seorang saksi menghubungi polis setempat pada petang kelmarin mengenai seorang lelaki yang dipercayai Carrier. Saksi itu berkata dia terlihatnya membawa satu beg duffel pada awal minggu.

Pihak berkuasa berkata keluarga Carrier telah tiba dari Quebec dan akan terus mencarinya. Dia telah diisikan ke dalam pangkalan data kebangsaan bagi orang-orang hilang.

Rangkaian Gunung White, termasuk Gunung Washington, adalah destinasi terkenal bagi para pendaki.