Pihak pengurusan sangkal Suzy bakal tinggalkan Miss A

Pihak pengurusan sangkal Suzy bakal tinggalkan Miss A

PENYANYI Suzy tidak akan meninggalkan kumpulan Miss A seperti dilaporkan menurut syarikat pengurusannya, JYP Entertainment dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Bagaimanapun pihak agensi berkenaan tidak menafikan Suzy bakal tampil dengan projek solonya namun bukan dalam masa terdekat ini.

“Berhubung Suzy akan meninggalkan Miss A sama sekali tidak benar dan dia masih ahli kumpulan berkenaan.

“Gosip itu mengarut dan ia sengaja diada-adakan namun tidak dinafikan Suzy akan tampil dengan projek solo.

“Pun begitu ia bukan dalam masa terdekat ini dan perancangan mengenainya masih awal,” kata kenyataan itu seperti dilaporkan Soompi.

Suzy masih anggota bersama Miss A dan tidak akan meninggalkan kumpulan itu buat masa ini.
Suzy masih anggota bersama Miss A dan tidak akan meninggalkan kumpulan itu buat masa ini.

Terdahulu, gosip Suzy meninggalkan Miss A kecoh di kalangan peminat sejak bulan lalu sehingga menimbulkan perdebatan di laman sosial.

Malah tempat Suzy dikatakan sudah mempunyai pengganti iaitu peserta program realiti Sixteen.

Sejak awal tahun ini tiga ahli Miss A meninggalkan kumpulan itu manakal ahli lain sibuk dengan karier solo masing-masing.

Kali terakhir mereka tampil dengan lagu baharu adalah pada Mei tahun lalu menerusi Only You.

ARTIKEL YANG SAMA