Pikap langgar van, 5 cedera

Pikap langgar van, 5 cedera

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Sebuah pikap membawa 14 penumpang merempuh sebuah kereta jenis van apabila pemandunya hilang kawalan dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di kawasan depan stesen minyak Tumasek Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, pagi tadi.

Berikutan kejadian itu, lima orang termasuk pemandu van berusia 29 tahun telah dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk mendapatkan rawatan, manakala pemandu pikap berkenaan yang berusia 55 tahun tidak mengalami kecederaan.

Balai Polis Pusat memaklumkan bahawa pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.24 pagi.

Dalam kejadian itu, van berkenaan dalam perjalanan dari Bandar Seri Begawan ke Bunut, manakala pikap pula dari Bunut menuju ibu negara.

pg06_150801_a

Gambar kemalangan berkenaan yang tersebar melalui WhatsApp.
Gambar kemalangan berkenaan yang tersebar melalui WhatsApp.

Menurut pemandu pikap itu, beliau ingin memotong dari lorong kiri ke lorong kanan dan semasa memotong, tiba-tiba stereng beliau ‘jammed’ lalu memasuki lorong bertentangan dan merempuh van tersebut.

Bagaimanapun, Pasukan Polis Diraja Brunei masih menyiasat punca sebenar kemalangan.

ARTIKEL YANG SAMA