Pilihan perkakas dapur tepat bantu penyediaan makanan sihat

Pilihan perkakas dapur tepat bantu penyediaan makanan sihat

MENGURANGKAN pengambilan lemak menjadi cabaran paling besar kerana ramai yang berdegil untuk mengurangkan kandungan kolesterol tinggi disebabkan oleh amalan memasak menggunakan minyak berlebihan mengikut budaya dan cita rasa sendiri.

Menjadi tabiat kebanyakan masyarakat yang menggunakan banyak minyak dalam setiap hidangan terutama ketika musim perayaan.

Penggunaan minyak berlebihan daripada kuantiti sepatutnya dalam pelbagai masakan boleh meningkatkan risiko serangan penyakit jantung.

Masyarakat kita suka makanan bergoreng dan sudah biasa menggunakan banyak minyak ketika memasak.

Memasak menggunakan minyak berlebihan tidak baik untuk kesihatan jika dijadikan amalan harian kerana boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit berkaitan jantung.

Penggunaan perkakas dapur yang bersesuaian juga dapat membantu masyarakat menyediakan makanan sihat yang rendah lemak.
Penggunaan perkakas dapur yang bersesuaian juga dapat membantu masyarakat menyediakan makanan sihat yang rendah lemak.

Namun, masih ramai kurang sedar termasuk mengabaikan akibat daripada amalan pemakanan terbabit yang boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan

Risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan menukar kaedah masakan harian yang lebih sihat termasuk menggunakan perkakas memasak sebagai inovasi bagi membantu menyediakan makanan kegemaran yang rendah lemak.

Pilih kaedah masakan yang lebih sihat seperti mengukus, merebus, membakar dan memanggang kerana ia adalah pendekatan terbaik tanpa harus menggunakan minyak sekali gus memupuk minat memasak makanan yang rendah lemak demi kesihatan jantung.

Bagaimanapun, penggunaan perkakas dapur yang bersesuaian juga dapat membantu masyarakat menyediakan makanan sihat yang rendah lemak kerana, inovasi perkakas untuk memasak kini banyak tertumpu pada penyediaan makanan mudah, ringkas tetapi menyihatkan.