Pilihan raya Australia 2 Julai ini

Pilihan raya Australia 2 Julai ini

CANBERRA, 8 Mei (AFP) – Perdana Menteri Malcolm Turnbull hari ini menyeru diadakan pilihan raya bagi dua dewan parlimen pada 2 Julai ketika dia mencari mandatnya sendiri dengan orang awam lapan bulan selepas menyingkirkan perdana menteri sebelumnya, Tony Abbott dalam rampasan kuasa parti.

Pengumuman yang secara meluas dijangkakan itu adalah bab terbaru dalam dunia politik Australia yang bergolak, yang mana ramai pemimpin menyaksikan Turnbull, 61 tahun bekas pengurus bank jutawan menjadi perdana menteri keempat dalam tempoh hanya dua tahun apabila beliau menyingkirkan Abbott pada September lalu.

“Gabenor-Jeneral telah menerima nasihat saya untuk membubarkan kedua-dua dewan parlimen bermula esok pagi, dan mengadakan pilihan raya bagi kedua-dua dewan itu, pembubaran berganda pada 2 Julai,” kata Turnbull pada sidang media di Canberra ketika beliau mengumumkan salah satu kempen pilihan raya paling lama di negara itu.

Pemimpin parti pembangkang, Parti Buruh, Bill Shorten, bekas ketua kesatuan yang berusia 48 tahun berhasrat memasukkan namanya pada senarai perdana menteri apabila dia akan bersaing dengan parti Turnbull, Parti Liberal dalam apa yang dijangkakan pengundian sengit.

Malcolm Turnbull bercakap semasa sidang akhbar bagi pilihan raya persekutuan yang seterusnya di Rumah Parlimen di Canberra, kelmarin. - AFP
Malcolm Turnbull bercakap semasa sidang akhbar bagi pilihan raya persekutuan yang seterusnya di Rumah Parlimen di Canberra, kelmarin. – AFP

Tinjauan pendapat terkini yang disiarkan oleh surat khabar News Limited hari ini menunjukkan parti campuran dan Buruh bersaingan sengit pada 50-50. Turnbull menolak pilihan raya awal apabila beliau memegang jawatan tertinggi itu tetapi bertahan pada ancamannya bulan lalu untuk mengadakan pilihan raya awal dengan pembubaran berganda, yang mana semua kerusi dalam kedua-dua dewan parlimen dipertandingkan, selepas perundangan yang buntu gagal meluluskan dewan tinggi, Senat.

Bekas peguam dan wartawan yang terlalu canggih, bersederhana pada isu-isu sosial yang menyokong perkahwinan gay dan menjadikan Australia sebuah republik, memegang alih pucuk pimpinan dengan pengadaran tinggi peribadi.

Tetapi sokongan baginya dan campuran parti memerintah Liberal- Kebangsaan telah terjejas beberapa bulan lalu, menurut tinjauan pendapat berturut-turut di tengah perdebatan yang teruk dikendali berhubung cukai dan reformasi lain dan perpecahan dalam parti yang dicetuskan oleh rasa tidak puas hati para penyokong konservatif Abbott.

ARTIKEL YANG SAMA