Pilihan raya Australia 2 Julai

Pilihan raya Australia 2 Julai

SYDNEY, 19 April (AFP) – Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull hari ini berkata beliau berhasrat mengadakan pilihan raya negara selepas belanjawan dikeluarkan bulan depan, dengan 2 Julai, tarikh jangkaan beliau.

Australia berulang kali bertukar perdana menteri sejak 2010, dengan Turnbull merebut kuasa dari rakannya dalam parti Liberal, Tony Abbott pada September lalu dalam usaha untuk menghidupkan semula populariti yang semakin pudar.

Pemimpin konservatif itu pada bulan lalu mengancam akan mengadakan pilihan raya umum awal melainkan Senat bersetuju meluluskan perundangan yang menemui jalan buntu, untuk membaik pulih kesatuan.

Penolakannya terhadap rang undang-undang itu pada lewat semalam telah mengakibatkan Turnbull untuk mengadakan pilihan raya yang digelar dua pembubaran yang mana semua kerusi dalam dewan parlimen rendah dan tertinggi dipertandingkan.

Turnbull berkata penyampaian belanjawan tahunan pada 3 Mei adalah keutamaannya.

Malcolm Turnbull melawat tapak pembinaan yang terletak di Canberra, Australia, Kelmarin. – Reuters
Malcolm Turnbull melawat tapak pembinaan yang terletak di Canberra, Australia, Kelmarin. – Reuters

“Niat saya ialah selepas belanjawan, masa sesuai selepas belanjawan disampaikan. Saya akan meminta Gabenor Jeneral untuk membubarkan kedua-dua dewan parlimen bagi pilihan raya, yang saya jangka akan diadakan pada 2 Julai,” beliau memberitahu para pemberita di Canberra.

Turnbull tidak mengesahkan tarikh pilihan raya, tetapi berkata 2 Julai adalah anggapan paling baik.”

‘Tetapi saya hanya mahu menjelaskan bahawa kami mentadbir, kami mempunyai banyak keputusan untuk dibuat, terutama sekali belanjawan, kenyataan dasar ekonomi paling penting tahun ini,” ujar beliau.

Turnbull, seorang jutawan yang pernah menjadi wartawan, peguam dan pengurus bank pelaburan, mengambil alih dari Abbott yang menjanjikan gaya baru kerajaan tetapi merosot dalam tinjauan pendapat dalam beberapa bulan kebelakangan ketika reformasi cukai dan yang lain gagal menjadi kenyataan.

ARTIKEL YANG SAMA