Pilihan raya Colombia berjalan lancar

BOGOTA, 12 Mac – Rakyat Colombia semalam mengundi dengan penuh semangat untuk memilih kongres baharu ketika hak mereka muncul semula, serta membantah perjanjian damai yang membolehkan bekas pemberontak-pemberontak berhaluan kiri menyertai pilihan raya itu.

Pilihan raya itu adalah yang paling tenang dalam konflik yang telah memasuki setengah abad di Colombia, dengan bekas gerakan pemberontak FARC menolak peperangan demi politik, dan ELN – kumpulan pemberontak aktif terakhir negara itu yang sedang melaksanakan gencatan senjata.

Presiden Juan Manuel Santos berkata pengundian adalah ‘pilihan raya yang paling selamat dan paling telus’ dalam sejarah terkini negara sejurus sebelum ditutup pukul 4 petang selepas pengundian aman selama lapan jam.

“Ini adalah kali pertama dalam tempoh lebih setengah abad FARC, daripada mensabotaj pilihan raya, mereka turut serta dalam pengundian,” dia berkata dengan menambah bahawa ELN ‘menghormati’ gencatan senjata.

Tanpa memberikan angka, Santos juga menyambut baik ‘penyertaan besar’ dalam pilihan raya, di sebuah negara yang mana ketidakhadiran lazimnya sekitar 60 peratus. Keputusan penuh dijangkakan keluar pada hari ini.

Gustavo Petro, bekas datuk bandar Bogota yang ikut bertanding untuk menjadi presiden berhaluan kiri pertama Colombia konservatif dalam sejarah, berada di pos undian di Bogota, Colombia pada 11 Mac 2018. – AFP

Bagaimanapun, menjelang lewat semalam para pengundi telah pun memilih calon-calon dari sayap kanan dan campuran berhaluan kiri yang akan bertanding dalam piiihan raya presiden pada bulan Mei, selepas pilihan raya kecil yang diadakan serupa dengan pengundian undangan.

Ivan Duque dari parti Centro Democratico yang diterajui oleh Alvaro Uribe, seorang senator dan bekas presiden, telah memenangi pilihan raya kecil sayap kanan dengan lebih 2.7 juta undi atau 67 peratus undi dan akan menerajui part pembangkang kepada perjanjian damai.

Gustavo Petro, bekas datuk bandar Bogota yang bertanding menjadi presiden berhaluan kiri pertama Colombia konservatif, akan membantahnya selepas memenangi hampir dua juta undi 85 peratus dari undi dalam pilihan raya kecilnya.

Sementara itu pejabat pendakwa raya berkata ia akan memulakan penyiasatan ke atas kenapa para pegawai pilihan raya kehabisan kertas undi bagi pilihan raya kecil parti. – AFP