Pilihan raya FIFA diteruskan

Pilihan raya FIFA diteruskan

PARIS, 25 Feb (AFP) – Giaani Infantino dan Sheikh Salman bin Ebrahim al Khalifa dengan mudah mendahului perepersaingan jawatan presiden FIFA, tetapi hasil tinjauan AFP dalam kalangan ahli bola sepak dunia menyatakan kesukaran politik dan ketidakpastian menyelubungi undian esok.

AFP menghubungi 209 persekutuan kebangsaan dalam kesukaran badan induk bola sepak dunia itu untuk bertanyakan mengenai lima calon yang akan mereka sokong bagi menggantikan Sepp Blatter.

Sebahagian memberikan jawapan dan menukar pendapat mereka. Sebahagian berkata mereka tidak pasti untuk mengundi. Kuwait dan Indonesia dilarang mengundi memandangkan mereka digantung oleh FIFA.

Dalam purata, 161 atau 77 peratus daripada persekutuan memberikan respons kepada tinjauan itu dengan memberikan bayangan undian mereka.

Biarpun usaha berkumpul, tidak seorang pun menjawab menerusi telefon di Persekutuan Bola Sepak China. Seorang pegawai menjawab panggilan telefon di Persekutuan Korea Utara tetapi berkata undian adalah ‘rahsia’.

Intentions de vote par confédération pour les candidats à la Fifa
Intentions de vote par confédération pour les candidats à la Fifa

Enam puluh lapan persekutuan mengisytiharkan bersama Infantino, yang hanya menyertai persaingan selepas penggantungan bos UEFA, Michel Platini yang dipaksa menarik diri dan 28 memihak kepada Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC),Sheikh Salman,

Jurang jelas dalam sokongan antara dua calon seharusnya dilihat dengan berhati-hati. Persekutuan Eropah yang diarahkan untuk menyokong Infantino oleh UEFA adalah lebih bersedia untuk menjawab balas berbanding di Asia dan Afrika yang memihak kepada Sheikh Bahrain.

Hanya empat persekutuan secara terbuka menyokong Putera Ali bin al Hussein, bekas naib presiden FIFA dari Jordan. Kempennya diharap untuk mendapatkan lebih banyak undi kali ini.

Tidak seorang pun membuat ikrar undian kepada dua calon selebihnya dalam persaingan di Zurich – Jerome Champagne dari Perancis dan Tokyo Sexwale dari Afrika Selatan.Sebanyak 61 persekutuan enggan mengisytiharkan undian mereka untuk mengemudikan badan dunia itu yang dicemari skandal rasuah semasa era Sepp Blatter.