Pilihan raya presiden Iran Mei tahun depan

Pilihan raya presiden Iran Mei tahun depan

TEHRAN, 27 Julai – Majlis Penjaga Iran mengumumkan hari ini pilihan raya presiden pada tahun depan akan diadakan pada 19 Mei dengan Hassan Rouhani dijangka bertanding untuk penggal kedua.

Rouhani, pemimpin sederhana yang menyelia satu perjanjian dengan kuasa dunia untuk menamatkan sekatan sebagai tukaran kepada kawalan program nuklear Iran, menghadapi tekanan yang meningkat daripada konservatif yang mahu mengehad perdamaian dengan Barat.

Golongan yang tidak bertolak ansur berkata perjanjian nuklear telah membawa sedikit faedah ekonomi kepada warga Iran, dan Rouhani juga telah dibelenggu satu skandal mengenai bayaran tinggi di syarikat sektor awam selepas slip gaji terbocor kepada media.

Walaupun presiden adalah orang terkenal Iran di dunia, kuasa sebenar kekal di tangan pemimpin tertinggi dan institusi seperti Pengawal Revolusi yang dikuasai oleh konservatif.

Jika Rouhani kalah, ia akan menjadi kali pertama sejak revolusi Islam pada 1979 seorang presiden gagal memenangi penggal kedua. Tidak ada calon yang telah diumumkan secara formal. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA