Pilihan raya presiden Myanmar pada 17 Mac ini

Pilihan raya presiden Myanmar pada 17 Mac ini

NAYPYITAW/YANGON, 8 Feb – Parlimen Myanmar akan memulakan pilihan raya terhadap presiden baru pada 17 Mac depan, yang menghampiri tarikh akhir 1 April, menggambarkan perbincangan diantara parti Aung San Suu Kyi dan tentera dilihat untuk mengambil masa yang lebih lama dari yang dirancang.

Tetapi penggubal dasar tertinggi tentera hari ini menafikan bahawa Liga Kebangsaan pimpinan Suu Kyi bagi Demokrasi (NLD) dan tentera membincangkan peruntukan untuk menukar perlembagaan dan membenarkan penaung demokrasi untuk menjadi presiden baru negara itu

Ahli –ahli kanan NLD telah memberitahu media mereka akan mengadakan pilihan raya presiden pada Februari, tetapi parlimen hari ini memutuskan proses itu akan dimulakan dua minggu sebelum kerajaan baru dijadualkan bermula pada penggal ini, 1 April.

‘Saya di sini mengumumkan mesyuarat tiga rakan sejawatan pemilihan presiden akan diadakan bermula 17 Mac depan,” kata speaker dewan bersama, Mahn Wain Khaing Than dalam parlimen.

NLD memenangi pilihan raya bersejarah pada 8 Nov, mendapatkan sekitar 80 peratus dari kerusi parlimen, atau cukup untuk meletekkan presidennnya. Ini memulakan proses peralihan yang panjang ketika mana tentera dan NLD berada dalam kebuntuan perundingan, terutamanya mengenai bentuk kerajaan baru dan pertukaran kuasa, tetapi maklumat perbincangan adalah suram.

Parti diketuai Suu Kyi, Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) menang besar dalam pilihan raya umum negara itu 8 November lalu. – AFP
Parti diketuai Suu Kyi, Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) menang besar dalam pilihan raya umum negara itu 8 November lalu. – AFP

“Tidak terdapat sebarang perbincangan diantara tentera dan NLD mengenai Artikel 59 (f),” Brigadier Jeneral, Tin San Naing, jurucakap bagi tentera dalam parlimen, memberitahu Reuters hari ini.

Artikel itu, yang menghalang seseorang dengan anak dan pasangan warga asing dari menjadi presiden, dilihat ditujukan kepad Suu Kyi, yang mana anaknya adalah warga British. Ia hanya boleh dipinda dengan kelulusan tentera, tambah Tin San Naing.

Di bawah perlembagaan yang didraf junta, parlimen memilih presiden. Setiap dua dewan mencalonkan naib presidennya, sementara ahli parlimen tentera, yang dijamin bagi suku dari kerusi, mencalonkan yang ketiga. Apabila calon sudah disediakan, sesi dewan bersama memilih presiden bagi penggal lima tahun. Dua calon yang tewas akan menjadi naib presiden. – Reuters