Pimentel digantung setahun tumbuk pengadil

Pimentel digantung setahun tumbuk pengadil

LONDON, 19 Ogos – Pemilik kelab liga utama Colombia, Boyaca Chico digantung selama setahun selepas menumbuk pengadil kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai berkenaan ketika perlawanan.

Jawatankuasa disiplin mengesahkan Eduardo Pimentel, yang juga bertindak sebagai penolong jurulatih kelab itu turut didenda AS$11,847 berikutan kejadian pada Ahad lalu ketika pasukan terbabit terikat 1-1 dengan juara Amerika Selatan, Atletico Nacional.

Pimentel, pengasas bersama kelab itu pada tahun 2002 dan mempunyai sejarah pergaduhan dengan pengadil, tidak dibenarkan memasuki mana-mana stadium bola sepak sepanjang penggantungan itu. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA