Pindaan baru undang-undang China

Pindaan baru undang-undang China

BEIJING, 2 Nov (Agensi) – Serangan seksual ke atas lelaki, yang sebelum ini tidak disenaraikan sebagai kesalahan di bawah undang-undang China, kini menjadi satu kesalahan jenayah selepas pindaan Undang-Undang Jenayah berkuat kuasa semalam.

Pindaan itu, yang digubal oleh Badan Perundangan tertinggi pada Ogos, mengatakan serangan tidak senonoh ke atas orang lain, lelaki atau wanita, kini boleh membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun. Dalam undang-undang sebelumnya, klausa ‘lain-lain’ adalah ‘wanita’.

Sehingga kini, sukar untuk memfailkan kes yang melibatkan serangan seksual ke atas lelaki.

Pada tahun 2010, seorang pengawal keselamatan telah menganiaya secara seksual rakan sekerja lelaki di asrama pekerja. Daripada didakwa atas serangan seksual, pesalah disabitkan kesalahan atas dakwaan mengakibatkan kecederaan dengan niat dan hukuman penjara sehingga 12 bulan.

Dalam kes di wilayah Luzhou Sichuan tahun lalu, seorang lelaki telah dirompak dan dirogol oleh lelaki lain. Penyerang tidak pernah didakwa bagi serangan seksual, menurut laporan media.

Selain itu, undang-undang yang dikaji semula memansuhkan jenayah seks dengan pelacur bawah umur dan mengelaskannya semula sebagai rogol.

Di bawah undang-undang sebelumnya, mereka yang mengadakan hubungan seks dengan pelacur berusia di bawah 14 tahun berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun, manakala mereka yang disabitkan dengan kesalahan merogol kanak-kanak mungkin berdepan hukuman mati.

ARTIKEL YANG SAMA