Pingat atlet Kyrgyzstan dilucutkan

Pingat atlet Kyrgyzstan dilucutkan

pg24_160820_olympic logo

RIO DE JANEIRO, 19 Ogos – Atlet angkat berat lelaki Kyrgyzstan menjadi atlet pertama di Olimpik Rio de Janeiro dilucutkan pingat selepas didapati positif ujian dadah.

Izzat Artykov diuji positif menggunakan ‘strychnine; selepas menang pingat gangsa dalam acara 69 kilogram, kata bahagian anti-doping Mahkamah Timbang Tara Sukan, hari ini.

Pingat atlet berusia 22 tahun itu dirampas dan dia disingkirkan daripada temasya berkenaan.

Strychnine dikenali sebagai perangsang dalam senarai bahan larangan Agensi Anti-Doping Dunia. Ia adalah dadah yang sangat bahaya yang sering digunakan dalam racun serangga, terutama untuk membunuh tikus.

Bagaimanapun ia memiliki sejarah yang lama dalam sukan, digunakan dalam jumlah yang kecil untuk mengetatkan otot yang keletihan.

Strychnine dilaporkan biasa digunakan dalam tahun-tahun awal dalam Jelajah Perancis bagi membantu penunggang basikal untuk meneruskan tunggangan yang lama. – AP

ARTIKEL YANG SAMA