Pingat emas Olimpik atlet Fiji dicuri

Pingat emas Olimpik atlet Fiji dicuri

SUVA, Fiji, 14 Sept – Polis Fiji kini sedang menyiasat kes kecurian pingat emas Olimpik milik pemain ragbi tujuh sepasukan negara itu, Masivesi Dakuwaqa, yang dimenanginya pada temasya sukan Olimpik Rio, Brazil, bulan lalu.

Pingat emas yang dimenangi pasukan ragbi tujuh sebelah di Rio itu adalah yang pertama buat Fiji dalam temasya sukan terbesar dunia itu. Dakuwaqa memberitahu media Fiji, pingat itu hilang sejak minggu lalu di kediamannya di Waqadra, berhampiran Nadi. Polis Namaka mengesahkan laporan rasmi mengenai kes kecurian itu sudah pun difailkan dan siasatan sedang berjalan. Dukuwaqa memulakan saingan di Olimpik sebagai pemain gantian, namun tampil cemerlang menggantikan Savenaca Rawaca yang mengalami kecederaan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA