Pingat suntik semangat, motivasi 191 penerima

Pingat suntik semangat, motivasi 191 penerima

Oleh Siti Nur Wasimah S. & Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Seramai 32 orang pegawai dan kakitangan di Kementerian Kewangan serta seramai 159 orang pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan telah dikurniakan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Pingat Kerja Lama (P.K.L.) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-68 tahun bagi tahun 2014 dan ke-69 tahun bagi tahun 2015, pada majlis yang diadakan di kementerian masing-masing, hari ini.

Di Dewan Teater Kementerian Kewangan, penyampaian pingat kepada para penerima telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah dan juga Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

Setiausaha Tetap (Pengurusan dan Antarabangsa) di Kementerian Kewangan, Haji Nazmi bin Haji Mohamad semasa berucap selaku pengerusi majlis menjelaskan bahawa majlis itu bertujuan untuk memberikan penghormatan atas sumbangan dan bakti ikhlas yang telah diberikan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah mencapai tempoh perkhidmatan 20 tahun bergaji bulan dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman semasa menyempurnakan penyampaian pingat kepada para penerima di Dewan Teater Kementerian Kewangan.
ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman semasa menyempurnakan penyampaian pingat kepada para penerima di Dewan Teater Kementerian Kewangan.

p04-3_20160705

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman semasa menghadiri majlis petang kelmarin di Dewan Teater Kementerian Kewangan.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman semasa menghadiri majlis petang kelmarin di Dewan Teater Kementerian Kewangan.

Beliau menjelaskan lagi bahawa para penerima me-rupakan contoh-contoh warga perkhidmatan awam yang mempunyai komitmen dan dedikasi yang tinggi dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

“Dengan adanya penganugerahan Pingat Kerja Lama ini juga, ianya merupakan satu insentif untuk menghargai sumbangan biskita dan seterusnya menjadikan sumber motivasi biskita untuk meneruskan perkhidmatan dengan lebih bersemangat dan cemerlang dalam mendokong usaha-usaha dan inisiatif-inisiatif kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.”

Di samping itu juga, tambah beliau, penganugerahan ini sekali gus akan memberikan dorongan dan galakan kepada warga kerja perkhidmatan awam yang lain untuk melaksanakan tugasan dengan penuh amanah dan bersungguh-sungguh.

ATAS & BAWAH: Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz menyampaikan pingat kepada para penerima.
ATAS & BAWAH: Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz menyampaikan pingat kepada para penerima.

p04-5_20160705

Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz semasa menghadiri majlis penyampaian pingat di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.
Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz semasa menghadiri majlis penyampaian pingat di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.
Di antara penerima di majlis penganugerahan pingat kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Per-tahanan pula telah diadakan di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.
Di antara penerima di majlis penganugerahan pingat kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Per-tahanan pula telah diadakan di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.

Sementara itu, majlis penganugerahan pingat kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan pula telah diadakan di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong, dan hadir menyempurnakan penyampaian pingat-pingat berkenaan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

Di majlis berkenaan, seramai 105 orang merupakan penerima P.K.L bagi Tahun 2014 dan seramai 53 orang pula merupakan penerima P.K.L bagi Tahun 2015.

Pengurniaan pingat berkenaan merupakan satu pengiktirafan atas segala sumbangan tekun, amanah, prestasi kerja dan curah jasa bakti setiap pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam di kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan menampilkan komitmen yang jitu tanpa mengerti erti penat lelah.

Ria Moksin semasa ditemui.
Ria Moksin semasa ditemui.

Salah seorang penerima di Kementerian Kewangan yang ditemui, Dayang Ria binti Moksin telah melahirkan perasaan gembira atas penganugerahan yang diterima.

Beliau yang telah berkhidmat di Agensi Pelaburan selama 20 tahun sebagai kerani pelaburan kanan menasihatkan warga perkhidmatan awam yang lain supaya akan dapat bersemangat lagi untuk melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah.

Haji Yahya semasa ditemui.
Haji Yahya semasa ditemui.

Seorang lagi penerima, Haji Yahya bin Haji Berudin, yang merupakan Storman Tingkat II di Jabatan Perbekalan dan Stor, Kementerian Kewangan menyatakan bahawa beliau telah berkhidmat di jabatan tersebut sejak tahun 1989.

Beliau menyeru warga perkhidmatan awam yang lain agar sering kali menurut perintah pegawai-pegawai atasan, sering kali bertanya dan mengikuti amanah terhadap tugas yang diberikan.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan terhadap kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke atas penganugerahan yang diberikan hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA