Pingpong Jabatan Kerja Raya

Pingpong Jabatan Kerja Raya

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Satu pertandingan pingpong telah diadakan baru-baru ini anjuran Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan, Jabatan Kerja Raya.

Dalam pertandingan tersebut, Pengiran Norsaidi bin Pengiran Haji Hitam muncul juara Bahagian Perseorangan setelah menewaskan Zunaidi bin Kamis dan Wan Khalid bin Wan Riduan di tempat ketiga.

Sementara itu, Abdul Halim bin Haji Otman dan pasangannya Zunaidi telah dinobatkan sebagai juara Bahagian Beregu setelah menewaskan Pengiran Norsaidi bin Pengiran Haji Hitam dan pasangannya Khairul Anwar bin Haji Nikman.

Gambar ramai di akhir pertandingan tersebut.
Gambar ramai di akhir pertandingan tersebut.

Perlawanan persahabatan diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara para pemain di samping mencari pemain bagi mewakili jabatan.

Hadiah-hadiah pada perlawanan tersebut telah disampaikan oleh pengerusi majlis iaitu Pemangku Pegawai Pentadbir Tingkat 1, Mastinah binti Yakub.

ARTIKEL YANG SAMA