Pinjaman Yuan baharu berkembang pada November

Pinjaman Yuan baharu berkembang pada November

BEIJING, 11 Dis (Bernama) – Pinjaman denominasi yuan baharu China dalam November mencecah 708.9 bilion yuan (AS$1=6.46 yuan), naik daripada 513.6 bilion yuan dalam Oktober, menurut laporan agensi berita Xinhua hari ini. M2, satu ukuran luas bagi penawaran dan permintaan wang yang meliputi tunai dalam edaran termasuk semua deposit, menokok sebanyak 13.7 peratus dari tahun ke tahun kepada 137.4 trilion yuan pada akhir November, katanya dengan memetik kenyataan daripada People’s Bank of China.

ARTIKEL YANG SAMA