Pinto: Norwich akan terus berjuang

Pinto: Norwich akan terus berjuang

NORWICH, 10 Mei (AFP) – Pertahanan kanan Norwich City, Ivo Pinto berjanji pasukannya tidak akan berputus asa dalam mengatasi pergelutan zon penyingkiran, namun pada masa sama tetap mengakui peluang mereka untuk kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) amat tipis.

Kekalahan 1-0 kepada Manchester United, Sabtu lalu bermakna anak-anak buah Alex Neils wajib menang dua perlawanan terakhir, di laman sendiri kepada Watford awal pagi esok disusuli kunjungan Ahad ini ke Everton, jika mahu mengelak daripada terjerumus ke Liga Kejuaraan.

Namun jika pasukan tangga keempat terbawah Sunderland mencatat kemenangan di laman sendiri kepada Everton malam esok, peluang mereka untuk kekal turut musnah.

Malah keputusan ketua eksekutif David McNally mengumumkan peletakan jawatannya pada Ahad lalu mengukuhkan keadaan bahawa kelab itu sedang melalui krisis.

Ivo Pinto berjanji akan terus berjuang untuk membawa pasukannya keluar dari zon penyingkiran. – AP
Ivo Pinto berjanji akan terus berjuang untuk membawa pasukannya keluar dari zon penyingkiran. – AP

Bagaimanapun, Pinto yang ditandatangani daripada Dinamo Zagreb pada Januari lalu, berkata: “Dengan kebanyakan perlawanan sudah kami lalui dan ia membuatkan kami semakin sukar mengelak daripada tersingkir.

“Tetapi kami perlu terus fokus dan perlu bertarung setiap perlawanan.

“Kami perlu menang dua baki perlawanan dan Rabu ini kami mempunyai satu lagi peluang yang kami tidak boleh bazirkan, jadi kami perlu membuat persiapan rapi dan bekerja keras untuk tiga mata.”

ARTIKEL YANG SAMA