Pintu dialog Seoul terbuka

Pintu dialog Seoul terbuka

SEOUL,1 Mac (Reuters) – Seoul tidak akan menutup pintu kepada dialog dengan Korea Utara, kata Presiden Korea Selatan Park Geun-hye hari ini, tetapi mengingatkan Pyongyang, menghadapi sekatan PBB baru, akan tertakluk kepada tekanan yang lebih besar asalkan ia meneruskan program nuklearnya.

Majlis Keselamatan PBB dijangka mengundi tidak lama lagi mengenai satu resolusi yang dirangka oleh Amerika Syarikat dan disokong oleh China, sekutu utama Utara, bertujuan menghukum Pyongyang atas ujian nuklear terbarunya dan pelancaran roket jarak jauh.

“Kerajaan tidak akan menutup pintu kepada dialog, tetapi asalkan Utara tidak menunjukan semangat untuk melaksana program nuklear dan enggan berubah, tekanan daripada kami dan komuniti antarabangsa akan diteruskan,” kata Park.

Pelaksanaan sekatan baru yang keras oleh Majlis Keselamatan menunjukkan terdapatnya sokongan antarabangsa meluas untuk menghentikan program nuklear Utara, kata Park. Komen beliau keluar dalam satu ucapan yang menandakan gerakan pada 1990 untuk mencapai kemerdekaan Korea daripada penjajah Jepun.

Park Geun-hye menyampaikan ucapannya semasa majlis ulang tahun pergerakan kemerdekaan 1919 menentang pemerintahan Jepun keatas semenanjung Korea, Seoul. – Reuters
Park Geun-hye menyampaikan ucapannya semasa majlis ulang tahun pergerakan kemerdekaan 1919 menentang pemerintahan Jepun keatas semenanjung Korea, Seoul. – Reuters

Park tidak mengemuka cadangan untuk dialog baru dengan Utara, yang kali terakhir diadakan pada Ogos tahun lalu, apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk berusaha mempertingkat hubungan. Pada Februari, dalam satu peralihan daripada tumpuan beliau sebelum ini pada dialog untuk membabitkan Utara, Park berikrar akan mengambil tindakan keras dan menggantung operasi di taman perindustrian yang dikendali bersama sebagai hukuman terhadap tindakan terbaru Utara.

Utara menjalankan ujian nuklear keempatnya pada Januari dan melancarkan roket jarak jauh pada Februari, yang dikecam oleh Majlis Keselamatan sebagai mencabul resolusi sekarang yang mengharam negara tersisih itu daripada menggunakan teknologi peluru berpandu balistik.

Resolusi baru itu mewajibkan negara anggota PBB memeriksa barangan haram yang dilalui oleh semua kargo menerusi wilayah mereka dalam perjalanan ke, atau dari Korea Utara.

ARTIKEL YANG SAMA