Pintu hati mula diketuk semula

Pintu hati mula diketuk semula

ULASAN BUKU OLEH RAZALI SALAM

 

NOVEL Miracle on 5th Avenue adalah sebuah novel menarik yang terbaru daripada Sarah Morgan.

Eva Jordan sangat menyukai perayaan Hari Natal. Walau bagaimanapun dia berkemungkinan akan meluangkan cuti Hari Natalnya bersendirian tahun ini, namun apabila dia diberi peluang untuk menjaga sebuah rumah agam di 5th Avenue, Eva tidak berlengah untuk merebut peluang tersebut. Lagipun apakah yang lebih baik daripada meraikan Hari Natal di Manhattan yang diliputi salju.

Akan tetapi apa yang tidak disangkanya, rumah agam tersebut masih berpenghuni. Tidak lain tidak bukan, dia adalah si pemilik rumah tersebut. Orangnya sangat berketerampilan dan berwajah kacak namun sangat dipenuhi dengan misteri.

Lucas Blade adalah seorang penulis novel yang terkenal, dan dia telah mengalami mimpi ngeri sebelum ketibaan Hari Natal. Dengan tarikh akhir untuknya menghantar karyanya dan ulang tahun hari kematian isterinya semakin dekat, dia telah memencilkan dirinya di dalam rumah agam tersebut dengan hanya ditemani dengan kesedihan.

m16-2_02122016

Lucas tidak mahukan sebarang gangguan, tiada satu pun perhiasan untuk perayaan menghiasi rumah besarnya itu dan dia langsung tidak ingin terlalai daripada terganggu dengan kehadiran penjaga rumahnya yang cantik dan beperwatakan ceria itu.

Kedatangan badai salju telah menyebabkan Eva terkandas dan tidak dapat meninggalkan rumah tersebut. Mereka kini tinggal berduaan terputus hubungan dengan dunia luar. Sedikit demi sedikit Lucas mulai membuka pintu hatinya dengan magis yang dibawa oleh Eva. Pada Hari Natal kali ini, mungkinkah Lucas akan akhirnya mempercayai bahawa kebahagian sebenarnya wujud bagi dirinya?

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi kisah yang penuh romantis ini, jangan lupa untuk mendapatkan novel Miracle on 5th Avenue di pasaran segera.