PIP dilarat ke Daerah Temburong

PIP dilarat ke Daerah Temburong

Oleh Yusrin Junaidi
TEMBURONG, 7 April – Mulai tahun ini, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah meneruskan Projek Kelas Tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) ke Daerah Temburong yang telah bermula 7 Mac lalu.

Manakala itu, bermula 10 April ini, PIP di Daerah Temburong akan turut dilaratkan ke peringkat sekolah menengah yang melibatkan seramai 21 orang pelajar Tahun 10 dari Sekolah Menengah (SM) Sultan Hassan dan pusatnya pula ditempatkan di Sekolah Rendah (SR) Sultan Hassan.

Sehubungan itu, sesi taklimat mengenai Projek Kelas Tuisyen PIP Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2016 kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar yang terlibat, yang telah diadakan di SM Sultan Hassan, hari ini.

Haji Ali Yusri ketika memberikan taklimat semasa program tersebut.
Haji Ali Yusri ketika memberikan taklimat semasa program tersebut.

Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa.

Dalam taklimatnya itu, beliau antara lain menjelaskan mengenai Projek Kelas Tuisyen, yang bertujuan untuk memastikan anak-anak daripada keluarga yang dikenal pasti dapat meneruskan pengajian dengan sempurna hingga ke peringkat lebih tinggi.

Majlis turut mendengarkan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah, Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Haji Ali Yusri bin Abdul Ghafor.

ARTIKEL YANG SAMA