PIP, Kasuka FC terus mara

PIP, Kasuka FC terus mara

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Projek Ikan Pusu (PIP) dan Kasuka FC mengambil kesempatan keputusan seri 2-2 Tabuan B dengan Tabuan A apabila kedua-duanya mencatat kemenangan untuk mengambil alih kedudukan kedua dan ketiga, sekali gus menjatuhkan Tabuan B ke tangga keempat Liga Remaja Bawah 16 Tahun (B-16) NFABD.

Kasuka FC mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas PERDA FC manakala PIP membelasah BTC Red Star 5-1 untuk kedua-dua pasukan kini sama-sama mengumpul 41 mata tetapi PIP memiliki kelebihan +24 perbezaan gol berbanding Kasuka FC +13 untuk berada di tempat kedua.

Al-Idrus Junior yang menang 2-1 ke atas Rimba Star naik satu anak tangga ke tangga keenam mengambil alih tempat BESA FC, sementara Kilanas FC Junior menewaskan BESA FC 2-1 untuk turut naik satu tangga ke tangga ketujuh sekali gus menggugurkan BESA FC dari tempat keenam ke tempat kelapan.

Pada aksi kedua di Kompleks Sukan Berakas (KSB), Al-Idrus Junior mendahului 1-0 menerusi Awang Mohd Syafiq Hidayat pada minit ke-12, tetapi berjaya disamakan oleh Awang Shandy Khairuddin seminit sebelum babak pertama berakhir. Gol kemenangan Al-Idrus Junior hadir melalui sepakan penalti Awang Mohd Syafiq pada minit ke-32.

Babak menarik sepakan percuma Al-Idrus Junior ketika mengatasi Rimba Star 2-1 pada perlawanan di KSB.
Babak menarik sepakan percuma Al-Idrus Junior ketika mengatasi Rimba Star 2-1 pada perlawanan di KSB.

Persaingan Kilanas FC Junior dengan BESA FC pula menyaksikan semua jaringan hanya hadir pada empat minit terakhir perlawanan iaitu melalui Awangku Hazmanuddin untuk Kilanas FC Junior pada minit ke-57, jaringan Awang Hidayatullah pada minit ke-57 untuk BESA FC dan gol kemenangan Kilanas FC Junior oleh Awang Mohd Salleh pada minit ke-60.

Pada aksi pertama di KSB, Tabuan A nyaris mengalami kekalahan pertama musim ini tetapi mujur Awang Mohd Aizat tampil wira dengan ledakan gol penyamaan pada minit ke-60 selepas turut meledakkan gol pertama Tabuan A dua minit selepas rehat.

Tabuan A ketinggalan awal 0-1 hanya lima minit selepas sepak mula akibat jaringan sendiri Mohd Aizat menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-32, sebelum Awang Mohd Aisan Aisamuddin membawa Tabuan B ke depan semula 2-1 pada minit ke-37.

Sementara PIP bangkit daripada ketinggalan 0-1 oleh BTC Red Star seawal minit keempat selepas dibolosi oleh Awang Ahmad Ikhwan dengan satu gol pada babak pertama dan empat gol pada babak kedua.

ARTIKEL YANG SAMA