PIP, Tabuan A jumpa di final

PIP, Tabuan A jumpa di final

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh NFABD

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Pasukan Projek Ikan Pusu (PIP) dan Tabuan A melangkah ke peringkat akhir Piala Remaja Elit Bawah 16 tahun Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) 2016 setelah kedua-dua pasukan menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Kompleks Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan padang NFABD, Berakas, hari ini.

PIP menjinakkan Tabuan 03 dengan jaringan 1–0 di padang NFABD sementara perlawanan antara Tabuan A dan Tabuan B pula berpihak kepada Tabuan A apabila berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 2-1.

Ketua Jurulatih PIP, Haji Omar bin Haji Jamil ketika ditemui menyatakan rasa bersyukur terhadap kejayaan pasukannya dan melahirkan rasa bangga untuk melihat PIP sebagai satu-satunya pasukan bukan di bawah NFABD mara ke peringkat akhir untuk berdepan Tabuan A Ahad nanti.

Antara aksi perlawanan peringkat separuh akhir bawah 16 tahun bagi merebut Piala Remaja Elit Bawah 16 Tahun NFABD 2016 kelmarin.
Antara aksi perlawanan peringkat separuh akhir bawah 16 tahun bagi merebut Piala Remaja Elit Bawah 16 Tahun NFABD 2016 kelmarin.

“Kami akan mencuba sebaik mungkin dalam peringkat akhir nanti menentang pasukan Tabuan A meskipun kami sedar pasukan itu bukan pasukan yang mudah dijinakkan,” jelas Haji Omar lagi kepada Media permata.

Perlawanan akhir kejohanan itu akan berlangsung pada jam 4:30 petang di Kompleks Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk datang menyaksikan perlawanan itu nanti.

ARTIKEL YANG SAMA