Pique enggan ikut Guardiola

Pique enggan ikut Guardiola

BARCELONA, 1 Mac (Agensi) – Tonggak pertahanan Barcelona, Gerrard Pique menegaskan dia terlalu sayang Manchester United untuk menandatangani kontrak bersama Manchester City biarpun Pep Guardiola bersetuju mengambil alih tugas sebagai pengurus di Stadium Etihad.

Guardiola menjadikan Pique, 29, antara pemain pertama yang ditandatanganinya ketika mengambil alih tugas jurulatih di Barcelona pada musim panas 2008 dan pertahanan tengah itu menjadi watak utama yang menyaksikan The Catalan menjadi kuasa besar bola sepak dunia.

Pique yang berpindah ke Old Trafford pada 2004 dan gagal mendapat tempat di bawah kendalian Alex Ferguson berkata, perasaan sayang terhadap kelab itu masih tebal dan menolak sebarang kemungkinan menyertai Guardiola di City.

Gerrard Pique ketika beraksi dalam perlawanan yang lalu. Pique menegaskan dia terlalu sayang Manchester United untuk menandatangani kontrak bersama Manchester City biarpun Pep Guardiola bersetuju mengambil alih tugas sebagai pengurus di Stadium Etihad. – Reuters
Gerrard Pique ketika beraksi dalam perlawanan yang lalu. Pique menegaskan dia terlalu sayang Manchester United untuk menandatangani kontrak bersama Manchester City biarpun Pep Guardiola bersetuju mengambil alih tugas sebagai pengurus di Stadium Etihad. – Reuters

“Rasa sayang saya terhadap United terlalu hebat untuk membolehkan saya menandatangani kontrak bersama City biarpun Guardiola adalah jurulatih terbaik.

“Saya gembira di Barcelona. United kelab kedua saya, tetapi masa depan saya bersama Barcelona.

“Saya bangga bermain untuk Barcelona, saya fikir ia kelab terbaik di dunia.

Saya memang mahu cuba beraksi dalam saingan liga berbeza beberapa tahun sebelum bersara. Saya tidak pasti sama ada ia Colombia – saya mahu lakukannya demi isteri, Shakira tetapi tiada siapa boleh meramalkan masa depan,” kata Pique.

ARTIKEL YANG SAMA