Pique mahu bersara selepas Piala Dunia 2018

Pique mahu bersara selepas Piala Dunia 2018

MADRID, 10 Okt – Pertahanan kontroversi Sepanyol Gerard Pique berkata yang dia akan menamatkan karier antarabangsa bersama negaranya selepas Piala Dunia 2018 di Rusia.

Bintang Barcelona itu sering dikritik sejak kebelakangan ini akibat persembahannya di atas padang dan sokongannya di luar padang kepada gerakan pro-Catalan yang menuntut kemerdekaan daripada Sepanyol.

“Piala Dunia di Rusia akan menjadi kejohanan terakhir saya dengan pasukan kebangsaan dan saya berharap akan menikmati tempoh terbaik dalam dua tahun terakhir ini,” katanya selepas kemenangan 2-0 ke atas Albania dalam kempen kelayakan Kumpulan G.

“Ini bukan keputusan yang saya ambil hari ini, sudah lama saya memikirkannya. Tetapi kritikan yang saya terima hari ini menyumbang kepada apa yang berlaku sejak beberapa tahun lalu. – AFP

Aksi Pique (kiri) ketika bersaing dengan pemain Albania, Agolli (kanan) di Stadium Loro-Borici di Shkoder kelmarin. – AFP
Aksi Pique (kiri) ketika bersaing dengan pemain Albania, Agolli (kanan) di Stadium Loro-Borici di Shkoder kelmarin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA