Pirlo akan beraksi untuk New York City

Pirlo akan beraksi untuk New York City

pg20_150708_cNEW YORK, 7 Julai (AFP) – Bintang Itali, Andrea Pirlo (gambar) mengumumkan menyertai New York City FC (NYCF) dan rakan sepasukannya yang baharu, Frank Lampard dan David Villa bakal menyambut dia bersama kelab terkenal dalam saingan Liga Bola Sepak Utama (MLS) itu.

Pirlo, 36, perancang, sebelum ini menjadi bintang AC Milan yang menyaksikan dia memenangi dua kejuaraan liga Itali, selain meraih empat kejuaraan bersama Juventus dan muncul naib jura Liga Juara-Juara musim lalu.

“Bienvenido Maestro,” Villa ketika mengalu-alukan penyertaan Pirlo bersama NYCF menerusi akaun Twitter miliknya.

“Pembelian yang hebat. Selamat datang ke kelab, Andrea Pirlo,” kata Lampard pula menerusi akaun Facebook miliknya.

Lampard, 37, perancang dan Villa, 33, penyerang, menyertai Pirlo untuk membawa masuk pemain bintang ke kelab yang dimiliki bersama kelab Liga Perdana Inggeris dan kelab MLS, New York Yankees itu.

Sebelum ini pada 1970, peminat bola sepak di Amerika Syarikat buat pertama kali menyaksikan trio legenda bola sepak dunia, Pele, Franz Beckenbauer Giorgio Chinaglia beraksi dalam saingan MLS menerusi kelab New York Cosmos.

“Saya sudah lama menunggu peluang ini untuk sekian lama dan kini berpeluang untuk menjadikannya realiti seperti mana saya kehendaki,” kata Pirlo menerusi laman web kelab berkenaan.

“Ini adalah kelab yang sedang berkembang dan saya berkongsi keinginan untuk mencapai keputusan penting dalam saingan liga.

“Dan saya berharap dapat memenanginya. Pirlo dijadual tiba di NYCF pada 21 Julai ini.

ARTIKEL YANG SAMA