Piston dan Sproket ke pusingan akhir

Piston dan Sproket ke pusingan akhir

Oleh Mohammad Abdullah

 

TUTONG, 20 Jan – Pasukan Piston dan Pasukan Sproket akan bertemu di pusingan akhir Kejohanan Badminton PEMODA setelah masing-masing mengalahkan lawan mereka di peringkat separuh akhir di mana Pasukan Piston menewaskan Pasukan Injector 4-1 dan Pasukan Sproket menewaskan Pasukan Gearbox 5-0.

Kejohanan yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Tutong itu merupakan anjuran Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) yang diadakan selama tiga hari bermula kelmarin.

Ketua Pasukan Piston, Dayang Nuranamarina Abdullah menyatakan pasukannya dan Pasukan Sproket sama-sama setanding, maka mereka perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mengatasi pihak lawan.

Beliau turut menambah, kejohanan yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan meningkatkan kesedaran melalui aktiviti sukan, dengan itu tidak kira pasukan mana yang menjadi johan, yang penting semua gembira dalam pertandingan ini.

Pasukan Piston, Siran Bakir dan Emmy memasuki peringkat akhir.
Pasukan Piston, Siran Bakir dan Emmy memasuki peringkat akhir.

ARTIKEL YANG SAMA