Piston johan acara sukan Kaki Tiga

Piston johan acara sukan Kaki Tiga

Oleh Mohammad Abdullah

 

TUTONG, 22 Jan – Setelah memenangi Kejohanan Badminton PEMODA, Pasukan Piston sekali lagi telah muncul sebagai juara dalam Kejohanan Acara Sukan Kaki Tiga.

Sementara itu, Pasukan Injector telah mendapat tempat kedua dan Pasukan Fuel Cap mendapat tempat ketiga pada kejohanan yang dipermainkan di Dewan Kemasyarakatan Tutong itu.

Yang Di-Pertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad berkata, “acara sukan kaki tiga ini merupakan salah satu sukan tradisi Melayu yang dipermainkan bukan sahaja di Brunei malah juga dirantau ini dalam kalangan kaum Melayu.

“Kerana sukan ini dikatakan pupus, maka itulah keputusan untuk memasukkan permainan kaki tiga dalam acara sukan program pembangunan PEMODA.”

Juara kaki tiga Pasukan Piston bersama Pasukan Injector bersama YDP PEMODA.
Juara kaki tiga Pasukan Piston bersama Pasukan Injector bersama YDP PEMODA.

“Semua ahli PEMODA pernah main permainan kaki tiga ini semasa kecil, dan ingat bagaimana seronoknya sukan semasa zaman sekolah rendah. Hampir 35 tahun sudah meninggalkan permainan kaki tiga ini, akan tetapi keseronokannya masih tetap dirasakan apabila bermain bersama teman-teman,” tambah Pengiran Haji Redzuan.

Melalui acara sukan ini, ia diharap akan dapat mengimbas kembali zaman ketika permainan kaki tiga ini dipermainkan di sekolah-sekolah rendah dan di halaman kampung di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA