Pistorius cederakan diri, dipantau

Pistorius cederakan diri, dipantau

JOHANNESBURG, 14 Ogos – Oscar Pistorius yang dipenjarakan telah diletakkan di bawah pengawasan berikutan kecederaan pergelangan tangan misteri yang mengakibatkannya dimasukkan ke hospital awal bulan ini, lapor media hari ini.

Para pegawai penjara memberitahu akhbar City Press bahawa atlet yang menjalani hukuman penjara enam tahun kerana membunuh teman wanitanya diletakkan di bawah pemantau 24 jam, dengan kekerapan kunjungan wadar.

Beberapa sumber dalaman memberitahu akhbar yang pisau cukur telah ditemui dalam sel atlet itu petang kelmarin, dan kecederaan di pergelangan tangannya, digambarkan sebagai ‘teruk’ telah dilakukan sendiri.

Pihak berkuasa penjara telah melancarkan siasatan ke atas insiden itu.

“Siasatan dalaman kami masih peringkat awal,” kata jurucakap Perkhidmatan Penghukuman, Singabakho Nxumalo.

Pistorius berusia 29 tahun, yang ditahan di Penjara Kgosi Mampuru II di Pretoria, telah memberitahu para pegawai penjara, dia mengalami kecederaan semasa jatuh dari katilnya.

Menurut akhbar, kecederaan itu berlaku sejurus selepas dia berbalah dengan pegawai penjara berhubung ubat yang diberikan oleh doktor-doktor yang diisytiharkan.

Ahli sukan Paralimpik itu enggan untuk mengambil ubat, mengatakan ia ‘toksik’ dan menuntut untuk diberikan ubat daripada doktor peribadinya.

Dia juga mendakwa yang pegawai penjara ingin membunuhnya dan menuntutnya untuk dipindahkan ke penjara lain. – AFP