Pizarro lonjak Bremen ke separuh akhir

Pizarro lonjak Bremen ke separuh akhir

BERLIN, 10 Feb – Pemain veteran Claudio Pizarro membantu melengkapkan kemenangan Werder Bremen 3-1 dalam aksi suku akhir Piala Jerman di Bayer Leverkusen yang beraksi dengan 10 pemain semalam.

Terdapat semangat Amerika Latin yang kuat di Bay Arena, Leverkusen ketika Bremen menempah tempat dalam separuh akhir yang akan diadakan pada April depan.

Javier Hernandez dari Mexico membolehkan Leverkusen mendahului, kemudian pemain pertahanan Bremen dari Agentina, Santiago Garcia menyamakan kedudukan sebelum pemain pertahanan dari Brazil, Wendell diarah meninggalkan padang bagi Bayer hanya selepas rehat separuh masa pertama.

Selepas penyingkiran Wendall, Pizzaro dari Peru yang berusia 37 tahun itu menjaringkan gol kedua Bremen dengan menyempurnakan sepakan penalti, kemudian memberikan umpanan bagi gol ketiga.

Leverkusen mendahului apabila bekas penyerang Manchester United, Hernandez meneruskan rekod jaringannya pada setiap pusingan Piala Jerman. Kali ini adalah golnya yang ke-22 bagi Bayer musim ini.

Pizzaro mengambil bola selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti semasa menentang Leverkusen di BayArena, semalam. – Reuters
Pizzaro mengambil bola selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti semasa menentang Leverkusen di BayArena, semalam. – Reuters

Selepas Stefan Kiessling dijatuhkan oleh pertahanan Bremen dari Sepanyol, Alejandro Galves dalam kawasan penalti, ‘Chicarito’ menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-22.

Pendahuluan itu hanya bertahan sembilan minit ketika pertahanan Bremen dari Argentina, Santiago Garcia menyamakan kedudukan dengan meledakkan ke bawah sudut kiri gawang Leverkusen untuk menukar kedudukan menjadi seri 1-1.

Kesukaran bermula bagi tuan rumah apabila Wendell dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Bartels yang berlari untuk menjaringkan gol sebelum rehat.

Pizarro, 37, yang menyaksikan hujung minggu lalu menjadi pemain asing pertama untuk membuat kemunculan 400 dalam Bundesliga menjaringkan gol kelapannya musim ini.

Pizarro kemudian memainkan peranan besar dalam gol ketiga Bremen apabila rembatannya diselamatkan oleh penjaga gol Leverkusen, Bernd Leno, tetapi Florian Grillitsch menyudahkan sepakan yang melantun pada minit ke-82. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA