Pizza Hut, Coca-Cola adakan promosi bersama

Pizza Hut, Coca-Cola adakan promosi bersama

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Nov – Pizza Hut Brunei buat julung-julung kalinya telah menjadi rakan kongsi bersama dengan Coca-Cola dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan dan promosi yang terbaik bagi pelanggan di negara ini.

Majlis penandatangani perjanjian kontrak rasmi telah diadakan di Pizza Hut Mall, Gadong, pagi tadi.

Perjanjian ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Coca-Cola Brunei, Kuala Lumpur dan Singapura, Stephen Lusk; Pengerusi Pizza Hut Brunei, Johnny Liew dan Pengarah Urusan Syarikat Perniagaan Malar Setia, C.L. Lim.

Stephen Lusk dalam ucapannya berkata, pihaknya berbesar hati atas kepercayaan Pizza Hut Brunei terhadap jenama dan produk Coca-Cola untuk sama-sama bekerjasama dalam pasaran Brunei.

Stephen Lusk bersama Johnny Liew semasa menandatangani kontrak perjanjian berkenaan.
Stephen Lusk bersama Johnny Liew semasa menandatangani kontrak perjanjian berkenaan.

Antara produk yang ditawarkan kepada Pizza Hut Brunei ialah termasuk Coca-Cola, Coke Zero, Coke Light, Sprite, Minute Maid, Aquarius Isotonic, A&W dan Heaven and Earth Tea.

Manakala itu, Johnny Liew dalam ucapannya pula berkata, menerusi kerjasama itu kedua-dua syarikat ini akan terus memberikan dan menyediakan pelbagai produk yang berkualiti kepada pelanggan.

Beberapa bulan yang lalu, Pizza Hut Brunei juga telah menawarkan pelbagai promosi terbaru dengan menawarkan 30 peratus lebih keju dan ‘toppings’ bagi setiap piza tanpa bayaran tambahan.

Selain itu juga piza Artisan 15 inci dan promosi ‘Wow Deal’ dan ‘Pan Pizzas’ juga telah mendapat sambutan orang ramai yang begitu menggalakkan.

ARTIKEL YANG SAMA