Pizza Hut pe...

Pizza Hut perkenal promosi ‘Wow Hebat!’

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb –Pizza Hut Brunei memperkenalkan satu lagi promosi hebat yang digelarnya ‘Wow Hebat!’ dengan potongan harga 50 peratus bagi hidangan pembuka selera, pasta dan pelbagai lagi.

Di bawah lanjutan promosi Wow, promosi terbaru ini menawarkan diskaun 50 peratus bagi hidangan kedua selepas pembelian piza berukuran sederhana, besar dan set hidangan keluarga piza termasuk hidangan ala carte di bawah Wow Deals di mana-mana sahaja cawangan Pizza Hut.

Bagi hidangan kedua ini, para pelanggan boleh memilih dua pilihan hidangan daripada pembuka selera, pasta dan banyak lagi.

Antara yang boleh dipilih oleh pelanggan ialah Spaghetti Bolognese, Mac & Cheese, Baked Japanese Curry Chicken Rice, Spicy Crispy Chicken, Beijing Sesame Chicken, Ubi Kentang, Grilled Chicken & Cheese Sandwich dan Baked Garlic Chicken Rice.

Dayang Izan (kanan) dan Claire semasa memperkenalkan poster promosi ‘Wow Hebat!’ yang menawarkan diskaun 50 peratus bagi mana-mana dua pembelian hidangan pembuka selera, pasta dan sebagainya.
Dayang Izan (kanan) dan Claire semasa memperkenalkan poster promosi ‘Wow Hebat!’ yang menawarkan diskaun 50 peratus bagi mana-mana dua pembelian hidangan pembuka selera, pasta dan sebagainya.
Antara pilihan hidangan pencuci mulut, pasta dan banyak lagi yang ditawarkan dalam promosi Wow Hebat!.
Antara pilihan hidangan pencuci mulut, pasta dan banyak lagi yang ditawarkan dalam promosi Wow Hebat!.

Promosi ‘Wow Hebat!’ ini boleh didapati untuk makan di premis Pizza Hut, bawa pulang dan juga penghantaran. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati minuman popular seperti Teh Ais Madu Longan dan Teh Tarik Ais pada harga $1.75 sahaja berbanding harga biasa $3.50.

Pegawai Perhubungan Awam Pizza Hut dan Dairy Queen, Dayang Izan Zan, selain promosi Wow, Pizza Hut juga membawa pelbagai perubahan dalam rekaan premisnya untuk memberikan keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan.

Manakala Pegawai Pemasaran Pizza Hut dan Dairy Queen, Claire P. Dris berkata, “Kami mahu pelanggan mencuba sesuatu yang belum pernah ditawarkan di mana-mana premis Pizza Hut kecuali di Brunei.”

Menurutnya, Pizza Hut juga masih lagi meneruskan promosi set hidangan Wow Deals yang mana pelanggan boleh memilih empat set hidangan berbeza mengikut cita rasa dan keinginan masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA