PKBN beri taklimat pelajar baru IBTE

PKBN beri taklimat pelajar baru IBTE

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Para pelajar baru IBTE Pusat Latihan Mekanik telah diberi taklimat mengenai Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) semalam, bertujuan memberi pendedahan, kesedaran dan perkongsian pengetahuan mereka tentang program kebangsaan yang bermanfaat itu.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Urus setia Bahagian Khidmat Bakti Negara, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Rohani binti Haji Hasan.

Ia merupakan peluang keemasan bagi PKBN untuk menarik lebih banyak penyertaan belia-belia untuk memasuki PKBN Pengambilan Kelima pada bulan Disember 2015 ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, penyertaan bagi pengambilan kelima PKBN masih lagi dibukakan sehingga 31 Oktober 2015 dan borang-borang penyertaan bolehlah diperolehi di Ibu Pejabat PKBN, Flat Anggrek Desa, Berakas; Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Belait, Tutong dan Temburong serta Jabatan Sekolah-Sekolah, Ong Sum Ping atau menghubungi talian 2340033/2340045 untuk sebarang maklumat lanjut.

Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejuruteraan Mekanikal, IBTE Pusat latihan Mekanik, Awang Mohammad Khairul Anwar @ Syafi’ie bin Haji Mohammad Haranadi menyampaikan cenderahati kepada pihak PKBN.
Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejuruteraan Mekanikal, IBTE Pusat latihan Mekanik, Awang Mohammad Khairul Anwar @ Syafi’ie bin Haji Mohammad Haranadi menyampaikan cenderahati kepada pihak PKBN.

pg06_150805_c

Semasa taklimat tersebut, para pelajar juga berkesempatan untuk mendengarkan perkongsian pengalaman lepasan pelatih yang telah menyertai PKBN, iaitu Timbalan Pengerusi Persatuan Alumni PKBN, Dayang Izzati Nadhirah binti Haji Ahamad, dan pelajar ISQ4, IBTE Pusat Latihan Mekanik, Awang Nazmi bin Jailani.

Pusat Latihan Mekanik telah merekodkan seramai 38 orang pelajar ISQ (Industrial Skill Qualification) bermula ISQ 1 hingga 4 yg telah memasuki PKBN sebelum mereka mengikuti latihan di IBTE Pusat Latihan Mekanik dalam jurusan masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA