PKMS adakan Solat Hajat

PKMS adakan Solat Hajat

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia (PKMS) di Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan Majlis Solat Hajat, Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena pelantikan ahli Jawatankuasa PKMS bagi tahun 2015-2017.

Majlis yang berlangsung di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, STKRJ Kampung Rimba itu juga diteruskan dengan bacaan doa selamat bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan GCE ‘O’ Level.

Pada majlis itu, sembahyang hajat telah diimamkan oleh Penasihat PKMS, Dr. Haji Abdul Kadir.

Majlis juga menyaksikan penyerahan sumbangan wakaf daripada ahli-ahli PKMS yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua PKMS, Haji Azman bin Sulaiman kepada Imam masjid berkenaan, Haji Abdul Rahman.

Sumbangan wakaf daripada ahli PKMS yang disampaikan oleh Haji Azman kepada imam masjid, Haji Abd Rahman.
Sumbangan wakaf daripada ahli PKMS yang disampaikan oleh Haji Azman kepada imam masjid, Haji Abd Rahman.

Semasa ditemu bual pada majlis itu, Haji Azman berkata, majlis yang julung kalinya diadakan sejak mesyuarat agung yang lepas ini diharap akan menjadi aktiviti persatuan untuk kebajikan ahli dan masyarakat.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan dan menghidupkan aktiviti bercorak kebajikan selain menyatukan semua rakyat Malaysia di Brunei serta untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat.

ARTIKEL YANG SAMA