PKMS anjur Boling Kemerdekaan

PKMS anjur Boling Kemerdekaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 2015, Persatuan Kebajikan Melayu Semenanjung (PKMS) mempelawa warga Malaysia untuk menyertai pertandingan boling bagi mengeratkan ukhuwah antara mereka.

Pertandingan akan diadakan di Megastrike Bowl Airport Mall pada 30 Ogos 2015 bermula jam 3:30 petang dengan yuran penyertaan $25 seorang.

Pemenang bagi kategori perseorangan lelaki, perseorangan wanita, berpasukan lelaki dan berpasukan wanita akan menerima hadiah yang akan disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Datuk Awang Sahak selepas tamat pertandingan.

Bagi warga Malaysia di sini yang berminat menyertai pertandingan ini bolehlah menghubungi Zainal di talian 872 9655 atau Puan Liza di talian 8801956 untuk pendaftaran dan pembayaran dengan segera memandangkan tempat adalah terhad. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 27 Ogos 2015.