PKMS anjur Riadah Hijrah Ahad ini

PKMS anjur Riadah Hijrah Ahad ini

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Persatuan Kebajikan Melayu SeMalaysia (PKMS) akan menganjurkan Riadah Hijrah pada 22 November ini di Pantai Tungku, Jerudong mulai jam 6:45 pagi dan warganegara Malaysia dijemput untuk sama-sama memeriahkan acara itu.

Acara akan dirasmikan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Dayang Haznah binti Mohd Hashim.

Acara Riadah Hijrah itu bakal dijadikan aktiviti tahunan PKMS bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan merapatkan ukhuwah ahli PKMS dan warga Malaysia di sini.