PKP teruskan Majlis Tadarus dari rumah ke rumah

PKP teruskan Majlis Tadarus dari rumah ke rumah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 15 Jun – Sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunannya sejak 50 tahun yang lalu, Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) Daerah Belait meneruskan lagi Majlis Bertadarus dari rumah ke rumah di bulan Ramadan ini.

Pelancaran Majlis Bertadarus tahun ini telah diadakan pada 7 Jun yang lalu dan disempurnakan oleh Yang Di-Pertua PKP, Hajah Kertini binti OKPSD Abang Haji Abu Hanifah.

Antara rumah yang telah menghoskan majlis tersebut ialah rumah rasmi Pegawai Daerah Belait pada 9 Jun lalu.

Ia diteruskan setiap malam di rumah-rumah kalangan ahli persatuan tersebut, dan sebagai acara kemuncak, Majlis Khatam Al-Quran dijangka diadakan pada 25 Jun ini.

Antara rombongan bertadarus ke rumah-rumah Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) yang diadakan di salah sebuah rumah di Kampung Pandan.
Antara rombongan bertadarus ke rumah-rumah Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) yang diadakan di salah sebuah rumah di Kampung Pandan.
Gambar ramai antara ahli rombongan tersebut.
Gambar ramai antara ahli rombongan tersebut.

Majlis tersebut antara lain bertujuan untuk menghidupkan suasana bulan Ramadan Al-Mubarak, selain untuk mendidik dan melatih kaum wanita khususnya ahli-ahli persatuan itu untuk mencintai pembacaan Al-Quran dan menjadikan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai amalan harian mereka.

PKP Daerah Belait telah ditubuhkan pada 10 Jun 1965 dan pada masa ini mempunyai kira-kira 200 orang ahli.

ARTIKEL YANG SAMA