PKPK juara futsal

PKPK juara futsal

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Pasukan PKPK telah menjuarai Kejohanan Futsal Antara Bahagian Jabatan Pembangunan Masyarakat 2015 setelah mengalahkan Pasukan Bantuan Am 2 dalam perlawanan akhir dengan jaringan tiga gol tanpa balas.

Kejohanan yang diadakan di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu juga menyaksikan Pasukan KRK ‘A’ mendapat tempat ketiga setelah mengalahkan Pasukan KRK ‘B’ 8-3.

Dalam kejohanan itu juga, Mohd Saufi bin Salleh telah memenangi Anugerah Kasut Emas, Awang Muslim bin Haji Mohd Salleh memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas dan Noor Zaimin bin Zaini pula dipilih sebagai Pemain Terbaik.

Hadir untuk menyaksikan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang Abdul Rahman bin Haji Apong.

Tetamu kehormat bergambar bersama pasukan PKPK yang menjuarai kejohanan futsal.
Tetamu kehormat bergambar bersama pasukan PKPK yang menjuarai kejohanan futsal.

Juara turut menerima hadiah berupa pingat dan piala rebutan yang disumbangkan oleh pengarah Pembangunan Masyarakat selain menerima piala pusingan selaku juara liga.

Kejohanan sehari yang dianjurkan buat kali kesembilan itu disertai oleh Pasukan Gabungan Daerah-daerah, Pasukan Bantuan Am, Pasukan Gabungan Keluarga, Wanita, Kanak-kanak dan IT, Pasukan Kompleks Rumah Kebajikan ‘A’. Pasukan kompleks Rumah Kebajikan ‘B’ dan Pasukan Gabungan Pentadbiran, Kewangan dan Pekerjaan.

Kejohanan itu antara lain bertujuan untuk mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan para pegawai dan kakitangan melalui aktiviti sukan selain memilih pemain terbaik untuk mewakili jabatan itu ke peringkat Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

ARTIKEL YANG SAMA