PKS perlu bijak raih manfaat FTA

PKS perlu bijak raih manfaat FTA

PERKEMBANGAN EKONOMI SEMASA/PRODUK PKS

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Agensi) – Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu mengambil peluang daripada perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimuktamadkan negara dan ia memerlukan lebih bantuan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan, agensi dan persatuan perniagaan.

Pengarah Urusan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Datuk Charon Mokhzani berkata, pihak terbabit perlu memberi lebih fokus kepada PKS memandangkan kebanyakan PKS sendiri dilihat kurang memahami FTA dan potensinya terhadap perniagaan masing-masing. “Situasi ini juga berlaku kerana PKS tidak memiliki tenaga pakar menilai potensi perniagaan yang boleh diterokai, sekali gus menyebabkan FTA dilihat lebih dimanfaatkan oleh syarikat multinasional,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Bengkel Media KRI ‘Why Trade Matters’ di sini, semalam.

Majlis itu menyaksikan KRI memberi taklimat kepada media mengenai laporan ‘Why Trade Matters’ yang memberi fokus kepada pelbagai kandungan FTA yang membabitkan Malaysia termasuk Perjanjian Trans-Pasifik (TPPA) dan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).