PKTLB kunjungi 22 buah keluarga

PKTLB kunjungi 22 buah keluarga

Oleh Kasha

 

KUALA BELAIT, 3 Julai – Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB) setiap tahun mengadakan aktiviti amal dalam Program Titian Amal PKTLB bagi membantu keluarga-keluarga yang serba kekurangan, dengan tujuan sedikit sebanyak dapat meringankan beban dalam sama-sama meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pagi ini sebanyak 27 buah kereta tahan lasak ahli-ahli persatuan telah berkumpul di Taman Rekreasi Hutan Sungai Liang untuk menghantar bantuan berupa makanan asasi serta kewangan kepada 22 keluarga terpilih di Kampung Labi.

Sebelum bertolak doa selamat dibacakan untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan perjalanan.

Rombongan diketuai oleh Yang Dipertua persatuan, Haji Jumat bin Haji Taha.

Bergambar ramai di salah sebuah rumah yang dikunjungi.
Bergambar ramai di salah sebuah rumah yang dikunjungi.

pg08_150604_f

Turut sama dalam rombongan ini guru-guru dari Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hasanal Bolkiah yang diketuai oleh Timbalan Pengetua, Dayang Azizah binti Haji Muhammad, serta ketua-ketua Kampung Labi 1 dan Kampung Labi 2.

ARTIKEL YANG SAMA