PL pimpin rekod perbelanjaan

PL pimpin rekod perbelanjaan

PARIS, 31 Ogos – Liga Perdana (PL) Inggeris memimpin rekod perbelanjaan apabila mendahului liga-liga ternama Eropah dalam jendela perpindahan yang ditutup hari ini dengan Arsenal sahaja membayar lebih daripada 60 juta euro untuk pertahanan Jerman Shkodran Mustafi dan penyerang Sepanyol Lucas Perez. Kekayaan TV Liga Perdana telah menyemarakkan inflasi perpindahan di seluruh benua dengan Inter Milan dan Barcelona berbelanja besar untuk masing-masing mendapatkan pemenang pingat emas Olimpik Brazil, Gabriel ‘Gabigol’ Barbosa dan penjaring gol Valencia Paco Alcacer.

Kira-kira 50 juta euro telah dibelanjakan untuk pasangan itu dan kebanyakan penganalisis meramalkan perbelanjaan Eropah menjadi yang tertinggi apabila jendela perpindahan dua bulan ditutup antara 1600 GMT bagi Bundesliga untuk 2200 GMT untuk Liga Perdana.

Perbelanjaan 20 kelab Liga Perdana sahaja dijangka mencecah satu bilion pound (1.17 bilion euro) selepas Manchester United mencipta rekod dunia baru dengan pembelian 89 juta pound untuk midfield Perancis Paul Pogba awal bulan ini. Arsenal yang diuruskan oleh Arsene Wenger pula merupakan salah satu kelab yang lewat berbelanja besar. The Gunners, tangga kelapan dalam kedudukan awal, menghabiskan kira-kira 35 juta pound (42 juta euro) untuk membawa pertahanan antarabangsa Jerman Mustafi dari Valencia.

transfer-NEWWW

“Dia berada pada peringkat usia yang sesuai,” kata Wenger mengenai pemain berusia 24 tahun itu yang bersama Jerman menjulang Piala Dunia 2014. “Dan dia mempunyai pengalaman yang menarik,” Wenger bercakap tentang pertahanan sasa yang menyertai pasukan Jerman mara ke separuh akhir Euro 2016.

Arsenal membayar 17 juta pound lagi untuk penyerang Deportivo La Coruna Perez, menurut laporan media, dan mereka juga telah membeli midfield Switzerland Granit Xhaka, penyerang Jepun Takuma Asano dan bek tengah muda Inggeris Rob Holding.

“Dia bukan sahaja seorang penjaring gol tetapi seorang lelaki yang bergandingan dengan baik bersama rakan-rakan, yang boleh memberi bola terakhir dan membuat larian yang baik,” kata Wenger mengenai Peres. – AFP